Apa Itu Hepatitis B?
Jangkitan oleh Virus Hepatitis B (HBV) yang menyebabkan keradangan hati dan boleh berjangkit kepada orang lain.
Simptom adalah ringan atau teruk. Kebanyakan pesakit sembuh dari jangkitan penyakit akut. Bagi yang lain, (5%) jangkitan boleh berlarutan dan menjadi kronik.
Penyakit Hepatitis B Akut
Jangkitan jangka masa pendek (6 bulan) selepas dijangkiti virus Hepatitis B. Kebanyakan penyakit Hepatitis B Akut sembuh sepenuhnya Pesakit yang telah sembuh membentuk imuniti seumur hidup
Gejala dan tanda :
- Demam
- Letih lesu
- Hilang selera makan
- Loya
- Muntah
- Sakit perut
- Jaundis
- Air kencing berwarna gelap (teh o)
- Najis berwarna tanah liat
Hepatitis B Kronik
Merujuk kepada jangkitan Hepatitis B seumur hidup. Boleh menyebabkan masalah kesihatan
serius :
- Kerosakan hati
- Kerosakan sel hati kronik (Sirosis)
- Kegagalan hati
- Kanser hati
Penyakit kronik biasanya berlaku di kalangan pesakit yang dijangkiti ketika bayi dan kanak-kanak.
Bagaimana Hepatitis B Merebak
- Darah dan produknya
- Cecair badan / hubungan seks
- Bertatu
- Berkongsi jarum suntikan
- Jangkitan dari ibu kepada anak
- Semasa proses kelahiran
- Berkongsi perkakas peribadi (pisau
- cukur, pengetip kuku, berus gigi)
Ia tidak Merebak Melalui
- Berpelukan
- Ciuman ringan
- Berpegangan tangan, bersalam
- Susu ibu
- Berkongsi makanan, pinggan mangkuk
- atau peralatan
- Batuk atau bersin
Bagaimana jangkitan boleh dicegah?
- Imunisasi Hepatitis B yang diberi sebanyak 3 dos (dos kedua sebulan selepas dos pertama, dos ketiga 5 bulan kemudian)
- Jangan bertatu atau bertindik kecuali anda yakin perkakas yang digunakan adalah baru dan bukan dikitar semula
- Jangan berkongsi jarum, pisau cukur, pemotong kuku, berus gigi dan lain-lain perkakas peribadi yang berkemungkinan dicemari darah
- Gunakan sarung tangan apabila mengendalikan kerja yang terdedah kepada darah dan cecair badan manusia
Sekiranya anda berisiko mendapat jangkitan, dapatkan ujian saringan di klinik atau hospital berdekatan.Sekiranya anda dijangkiti Hepatitis B:
- Bincang dengan doktor anda untuk rawatan lanjut
- Pastikan patuhi setiap temujanji yang ditetapkan doktor
- Dapatkan rehat yang mencukupi Hindari alkohol
- Jangan ambil ubat (moden atau tradisional termasuk vitamin) tanpa nasihat doktor
- Amalkan gaya hidup sihat
- Amalkan hubungan seks selamat
- Jangan dermakan darah atau organ
- Maklumkan kepada pasangan tentang status Hepatitis B anda. Galakkan mereka melakukan
- ujian saringan dan mendapatkan imunisasi
- Jangan lakukan sebarang aktiviti yang berisiko menularkan jangkitan
Untuk mendapatkan HERBA untuk HATI whatsapp ke 0136002842 Puan Ain
No comments:
Post a Comment