Pages

Friday, July 29, 2011

Jangan Pandang Remeh Penyakit Hepatitis

Jangan pandang remeh sekiranya anda disahkan mengidap hepatitis. Atau anda mempunyai simptom berkaitan masalah hati. Dapatkan perawatan dan pencegahan awal supaya anda tidak mengalami gejala yang lebih teruk.

Bagaimana anda boleh terdedah kepada Risiko Hepatitis:
  1. Berkongsi alat suntikan ubat ataupun dadah
  2. Berkongsi pisau cukur, berus gigi dan peralatan lain seperti gunting kuku yang mungkin tercemar dengan darah
  3. Penggemar tatu dan menindik telinga atau badan dengan alatan yang tidak dibasmi kuman
  4. Menerima darah tercemar melalui pemindahan darah sebelum saringan virus
  5. Penularan daripada ibu penghidap HBV kepada bayinya ketika bersalin antara cara paling kerap penyebarannya
Ketahuilah bahawa Virus Hepatitis B & C merosakkan sel hati anda... Hepatitis Selalunya boleh membawa maut dan menyerang individu pada usia produktif.

Dapatkan rawatan menggunakan Tonik Hati Aljabbar.. Hubungi Consultant Anda untuk dapatkan nasihat.

Pesanan Ikhlas:

Cik Nor'ain Bte Mohamad
Liver Tonic Advisor
013-6002842

Thursday, July 28, 2011

1.4 Juta Pengidap Hepatitis

Tahap kesedaran masyarakat negara ini mengenai bahaya penyakit hepatitis B dan C yang mempunyai risiko kematian tinggi akibat sirosis hati, kegagalan hati dan kanser hati masih rendah, kata Pengarah Hospital Kuala Lumpur (HKL) Datuk Dr Zainiah Mohd Zain.

Di Malaysia, dianggarkan 5% penduduk atau 1.4 juta orang mengidap hepatitis B manakala 2% lagi mengidap Hepatitis C.

Kebanyakan orang takut mendengar mengenai Human Immunodeficiency Virus (HIV), tetapi sebenarnya virus Hepatitis B dan C lebih mudah berjangkit berbanding HIV," katanya ketika merasmikan sambutan hari hepatitis Sedunia 2011.

Dr Zaininah berkata, antara risiko yang dikenalpasti untuk penyakit Hepatitis B dan Hepatitis C ialah perkongsian jarum suntikan, hubungan seks dengan pasangan yang mempunyai jangkitan dan melalui kelahiran iaitu ibu kepada bayinya.

"Jadi menjalani ujian saringan untuk penyakit ini terutamanya bagi yang berisiko tinggi adalah mudah dan singkat untuk mengetahui diagnosis," katanya.

Beliau berkata , hepatitis B atau C dan jangkitan virus ini bukan sahaja berlaku di negara ini, malah ia ancaman global kesihatan manusia sejagat dan dianggarkan lebih 500 juta penduduk dunia dijangkiti penyakit itu.

Justeru beliau menyeru orang ramai supaya menjlani pemeriksaan darah di hospital kerajaan.
Dr Zaininah berkata, pada masa ini hanya terdapat vaksin terhadap hepatitis B dan sejak 1989 semua bayi yang dilahoirkan di hospital kerajaan diberi imunisasi penyakit itu secara percuma.

Mengenai sambutan itu, beliau berkata, ia bertujuan meningkatkan kesedaran orang awam terhadap bahaya penyakit Hepatitis B dan C menerusi forum awam, ujian darah secara percuma serta pameran-bernama

Wednesday, July 27, 2011

Kenali Hati Anda (Know Your Liver)

Hati manusia merupakan organ terbesar yang terletak dibahagian atas kanan tubuh manusia iaitiu dibelakang tulang rusuk. Berat hati manusia adalah 1200g - 1500g dan ini merupakan 2% daripada berat badan orang dewasa.Ia  berfungsi sebagai:
  • Menyimpan tenaga dalam gula dan glukus
  • Organ pertama yang menerima zat makan, serta menyaring dan menapis zat makanan
  • Menyimpan vitamin, zat besi dan lain-lain bahan mineral
  • Sebahagian kilang pembuat protein termasuklah faktor-faktor pembekuan darah
  • Memproses sel-sel darah merah yang telah dicernakan
  • Pembunuh bakteria yang masuk ke tubuh melalui usus kecil
  • Memerahkan ubat-ubatan dan alkohol
  • Menghasilkan cecair hempedu untuk proses penghadaman makanan dan lain-lain
Bagaimana Menjaga Hati Anda
  • Bebaskan diri daripada pengambilan alkohol dan wain
  • Awasi ubat-ubatan moden - pengambilan berlebihan tanpa kawalan akan merosakkan hati anda
  • Elakkan menghidu semburan racun, bahan kimia, aerosol, ubat nyamuk.
  • Kurangkan pengambilan makanan berlemak, berminyak dan berkolesterol tinggi.
  • Lebihkan pengambilan makanan yang berkhasiat mengikut piramid makanan

NASIHAT BERGUNA UNTUK ANDA

Periksa hati anda dengan doktor anda
Lakukan Ujian Darah bagi mengenalpasti masalah hati anda
Ujian ULTRA SOUND dan CT Scan boleh mengenalpasti masalah pada hati anda

Temui Konsultan Anda Untuk Mendapatkan Nasihat