Pages

Thursday, July 28, 2011

1.4 Juta Pengidap Hepatitis

Tahap kesedaran masyarakat negara ini mengenai bahaya penyakit hepatitis B dan C yang mempunyai risiko kematian tinggi akibat sirosis hati, kegagalan hati dan kanser hati masih rendah, kata Pengarah Hospital Kuala Lumpur (HKL) Datuk Dr Zainiah Mohd Zain.

Di Malaysia, dianggarkan 5% penduduk atau 1.4 juta orang mengidap hepatitis B manakala 2% lagi mengidap Hepatitis C.

Kebanyakan orang takut mendengar mengenai Human Immunodeficiency Virus (HIV), tetapi sebenarnya virus Hepatitis B dan C lebih mudah berjangkit berbanding HIV," katanya ketika merasmikan sambutan hari hepatitis Sedunia 2011.

Dr Zaininah berkata, antara risiko yang dikenalpasti untuk penyakit Hepatitis B dan Hepatitis C ialah perkongsian jarum suntikan, hubungan seks dengan pasangan yang mempunyai jangkitan dan melalui kelahiran iaitu ibu kepada bayinya.

"Jadi menjalani ujian saringan untuk penyakit ini terutamanya bagi yang berisiko tinggi adalah mudah dan singkat untuk mengetahui diagnosis," katanya.

Beliau berkata , hepatitis B atau C dan jangkitan virus ini bukan sahaja berlaku di negara ini, malah ia ancaman global kesihatan manusia sejagat dan dianggarkan lebih 500 juta penduduk dunia dijangkiti penyakit itu.

Justeru beliau menyeru orang ramai supaya menjlani pemeriksaan darah di hospital kerajaan.
Dr Zaininah berkata, pada masa ini hanya terdapat vaksin terhadap hepatitis B dan sejak 1989 semua bayi yang dilahoirkan di hospital kerajaan diberi imunisasi penyakit itu secara percuma.

Mengenai sambutan itu, beliau berkata, ia bertujuan meningkatkan kesedaran orang awam terhadap bahaya penyakit Hepatitis B dan C menerusi forum awam, ujian darah secara percuma serta pameran-bernama

No comments: